Selasa, 1 Februari 2011
harap maklum
kami memohon maaf kerana tidak berpeluang untuk mengemaskinikan blog kami, memendangkan banyak tugasan dan komitmen lain yang perlu dikendalikan. jadi di harap kepada semua pembaca dapat mengambil maklum atas ketidak puasan abiskita. sekian harap maklum.
Rabu, 17 November 2010
Harap maklum daripada Seniwarisan Gulintangan Kepada Pelanggan kami
makluman kpd tuan/puan punya acara ""prkahwinan d dewan bomba pada 02/01/2011,"" supaya dpt mnghubungi kami dgn segera di atas kesulitan utk mnghubungi abiskita oleh kerana nombor telefon yg telah biskita berikan kpada kmi telah hilang dri simpanan kami..
dan kami memohon maaf atas kesulitan di atas. Diharap kpada tuan/puan punya acara dpt mnghubungi kmi dgn seberapa segera..
sekian trima ksih..
dan kami memohon maaf atas kesulitan di atas. Diharap kpada tuan/puan punya acara dpt mnghubungi kmi dgn seberapa segera..
sekian trima ksih..
Khamis, 9 September 2010
Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalamualaikum, sungguh tidak terasa akan berlalunya ramadhan, Kini Syawal telah menjelang, Kami dari Seni Warisan Gulintangan ingin memohon ampun kepada semua terhadap silap ataupun terkasar bahasa sebelum, semasa mahupun selepas persembahan biskami kepada anda semua...
sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dari kami.... =)
sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dari kami.... =)
Ahad, 22 Ogos 2010
SUNGKAI @ ILOTUS (21/08/2010)
Di bulan suci ramadhan ini, Seni Warisan Gulintangan telah mengadakan majlis sungkai bersama ahli-ahli SWG di iLotus semalam(21/08/2010), ini adalah bertujuan untuk menghargai dan mengenangkan segala jasa dan titik peluh yang telah di sumbangkan oleh setiap ahli SWG dan sambil-sambil itu juga ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Dan mudah-mudahan ahli kumpulan Seni Warisan Gulintangan akan di perpanjangkan umurnya, sentiasa maju dan sentiasa bersatu hati sesama sendiri..amin..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENYAMBUT BULAN AL-MUBARAK
Isnin, 9 Ogos 2010


MARHABAN YA RAMADHAN.. KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA YANG KITA KERJAKAN DI BULAN AL-MUBARAK INI AKAN DILIPAT GANDAKAN DAN DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T. DAN KAMI DI SINI INGIN MEMOHON AMPUN JIKA SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN ATAU KESALAHAN YANG TELAH KAMI LAKUKAN TANPA KAMI SEDARI, KERANA KAMI JUGA ADALAH HAMBA ALLAH YANG PALING LEMAH DI SISI-NYA. SEKIAN ASSALAMUALAIKUM..
Ahad, 8 Ogos 2010
GH @ KG MENTIRI
Pada pagi 8hb Ogos 2010, Seni Warisan Gulintangan telah beraksi mempersembahkan muzik traditional gulintangan yang telah berlangsung di Kg. Mentiri. Seni Warisan Gulintangan juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan Terima Kasih kepada kedua mempelai dan pihak keluarga mempelai di atas kesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari tersebut. Dan kami turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.
MAJLIS BERAMBIL-AMBILAN MUNIRAH & WAFI @ ASMA HOTEL
Kali ini Seni Warisan Gulintangan telah dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan bagi majlis berambil-ambilan bagi pasangan mempelai munirah & wafi yang acaranya mengambil tempat di Asma Hotel. sekali lagi kami mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada kedua mempelai dan pihak keluarga pengantin yang telah berkesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari jumaat malam 06/08/2010. Dan kami turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin. Terimalah pantun dari SWG:
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH KITA TUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERSUA LAGI.
sekian daripada kami salam SWG..
Langgan:
Catatan (Atom)
